Tuesday 28 June 2011

Tugasan Oleh Tenaga Pengajar

Anak Menjadi Penyelamat

Kampung Baru,Kuala Lumpur - Haikal (5tahun) berjaya menyelamatkan rumahnya dari dijilat api apabila berjaya mengejutkan ibunya yang sedang tidur awal pagi semalam.

Monday 27 June 2011

Lagu yang kene mengena ngn keadaan aku

kite lyn...... penyanyi lagu nie xar popular mn pun....tp lupe die nie aku rs mmg best...pasnie for sure lagu nie jadi hit.....Layanzzzz

Kenaikan Harga Bil ASTRO

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan tindakan pengendali perkhidmatan televisyen satelit berbayar, Astro menaikkan harga pakej salurannya sebagai tidak wajar.

Kata beliau kepada mynewshub.my, Astro yang memonopoli perkhidmatan televisyen satelit berbayar di negara ini seharusnya peka dan memikirkan terlebih dahulu implikasi kenaikan tersebut dalam suasana masyarakat tempatan yang dibebani kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

“Sepatutnya Astro menimbangkan perkara ini (kenaikan harga pakej) terlebih dahulu melihatkan suasana sekeliling dengan orang ramai dibebani dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan, 

“Sudah lah kita juga membayar untuk menonton filem-filem baru, dan pada masa yang sama, ada iklan komersial yang diselitkan dalam tayangan, oleh itu, tidak adil untuk Astro menaikkan harga pakejnya pada ketika orang ramai terbeban dari segi kewangan,

“Kerajaan juga menanggung beban yang banyak tetapi masih memikirkan masalah rakyat dan beban pengguna, Astro walaupun dimiliki secara persendirian hendaklah prihatin dalam hal-hal sebegini,” katanya mengulas kenaikan harga pakej Astro.

Walaupun ada pihak-pihak yang berkata, tonton lah TV1, TV2 dan TV3 jika tidak mahu membayar, ini tidak adil bagi orang ramai terutama pelanggan semasa Astro yang sudah sekian lama menikmati tayangan program-program menarik dalam Astro seperti Akademi Fantasia, Maharaja Lawak selain drama-drama ekslusif yang disediakan, ujar beliau lagi.

Mulai 11 Julai ini, Astro melakukan beberapa pelarasan kepada pakej-pakej yang ditawarkan. Bagaimanapun, Pek Famili dikekalkan pada harga  RM37.95 sebulan (atau hanya RM 1.30 sehari) untuk akses ke 38 buah saluran.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Astro, bergantung kepada pakej pilihan pelanggan, sesetengah pelanggan mungkin akan mengalami kenaikkan harga sekitar RM1 hingga RM15.00 sebulan.

“Terdapat penjimatan dari RM4 hingga RM14.95 sebulan dalam yuran langganan mereka. Pelarasan berkenaan adalah seiring dengan komitmen Astro untuk terus menawarkan nilai, pilihan dan perkhidmatan yang berkualiti kepada para pelanggan,” jelasnya dalam kenyataan tersebut.

Menteri yang terbabit secara langsung dalam kawal selia Astro menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) iaitu Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim walau bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk memberikan komen terhadap tindakan Astro itu.
ni la kursus yg aku tgh follow skrng....kira ok ar kursus nie...sbb 2 hari je.... lagi pun dpt la aku bljr benda2 baru psl blog nie....tmpt uat kursus nie plak dkt sgt ngn tmpt keje aku.....mn xnye...aku rs dlm 10 langkah da smpi...hahahaha dkt kan.....dkt ngn tmpt keje nie ok gak...sbb xpyh pikir jem..xpyh susah pyh nak ulang alik....dtg keje mcm biasa je....naek LRT....jimat masa....jimat tambang....

Kursus Blog and Contant

Hari nie merupakan hari pertama Kursus Blog and Contant di Bhgn BTM Jabatan Penerangan Malaysia.

Best jgk kursus nie.....sbb sebelum ni tgk blog org lain je.... tp skrng aku sendiri da ada blog.....pasnie pe lagi keje aku...kene ar update setiap ari pas aku blk umh....

uat member2 yg ada blog tu....jom jd follower aku....yg da pro2 tu leh ar ajar aku psl blog nie....aku xtau pe2 beb...bdk br nak merangkak katakan...hahahaha

ok ~gtg~